Sunday, August 20, 2006

Utusan Daripada Area K2 Governor - Sandakan Pidato Toastmasters Club

Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Presiden, Ahli-ahli Exco serta ahli-ahli Kelab Pidato Sandakan kerana mengadakan majlis angkat sumpah. Ucapan tahniah saya juga ditujukan kepada semua ahli Exco yang baru sahaja dipilih. Saya yakin kepimpinan ini akan membawa kelab ini ke mercu kejayaan.

Majlis angkat sumpah sering kali menjadi majlis yang dinanti-nantikan kerana ia menandakan berakhirnya satu era dan bermulanya era yang baru. Ia juga merupakan masa untuk menilai semula pencapaian dan kejayaan yang telah dikecapi pada penggal yang lepas di samping merancang program baru untuk penggal yang akan datang.

Majlis ini juga merupakan majlis untuk bersuka ria, merapatkan hubungan silahturahim, hiburan dan berpesta. Dengan ini, sudah tentu banyak masa dan tenaga dicurahkan untuk menjayakan majlis ini. Kerjasama dan sumbangan daripada setiap ahli sudah tentu amat diperlukan. Tidak hairanlah jika kejayaan majlis ini dikatakan banyak berkait rapat dengan Toastmasters.

Pidato atau Toastmaster bukan sekadar memberi ucapan. It meliputi pemumukan pelbagai kemahiran seperti mendengar, memerhati, komunikasi dan kepimpinan. Dalam majlis seperti inilah semua kemahiran yang telah dipelajari daripada program Toastmasters, digunapakai, diuji dan dikembangkan. Toastmasters sebenarnya berada di mana-mana!

Selamat maju jaya.

LEE CHYE EWE, ATMG, CL
Area K2 Governor

No comments:

Post a Comment